Blogger Tricks

Wednesday, February 10, 2010

Kelas 12 Feb 2010 HSM 115 Group C ditangguhkan

Kelas HSM Group C di tangguhkan. Kelas berjalan seperti biasa selepas cuti semester.. Bagaimanapun sila siapkan assignment dan hantar sebelum 6 Mac 2010.

Perkhemahan Rekreasi Tahap 1


Pusat Sukan dengan akan menganjurkan Kursus Rekreasi Tahap 1 di Mersing , Johor khasnya untuk pelajar KO Rekreasi . Kepada pelajar yang ingin mendapat ilmu dan pengalaman dalam bidang rekreasi , ini lah masanya dengan mengikuti kursus secara teori dan lebih pada praktikal . Kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus ini sila berikan nama kepada En. Abdul Muiz Misri atau En. Hafez Tahar dengan kadar segera kerana tempat adalah terhad. Taklimat tentang kursus ini akan diberikan semasa kelas KO

Kursus Rerkreasi Tahap 1
Tempat : Mersing, Johor
Tarikh 4 - 6 Mac 2010
Bayaran : RM 40

* Berkumpul pagi jam 8pg pada 4 Mac 2010 di Kompleks Sukan,

Tuesday, February 9, 2010

Assigment berkumpulan Rekreasi HSM 115

Pilih salah satu tempat rekreasi , kemudia buat satu laporan tentang tempat tersebut berdasarkan maklumat seperti di bawah :

1. Cover / Front page
  • Nama 
  • No Kad Pelajar
  • Kod program 
  • Kod kursus
  • Nama Jurulatih 
  • Hari & Tarikh 
2. Isi kandungan 
3. Pendahuluan 
4. Bentangkan(laporan) tempat yang di lawati 
  • Nama tempat tersebut 
  • Sejarah tempat tersebut 
  • Keluasan tempat tersebut
  • Bagaimana hendak ke tempat tersebut
  • Jarak dari Shah Alam ke tempat tersebut berapa jauh dan berapa masa perjalanan
  • Kos perbelanjaan setiap seorang untuk ke sana termasuk melakukan aktiviti 
* Sertakan gambar anda semasa anda kunjungi tempat yang anda pilih

5. Terangkan aktiviti yang boleh dilakukan di tempat yang anda kunjungi spt:
     a) Jungle trekking ( berapa jauh)
     b) Berkayak (keluasan sungai @ tasik)
     c) Flying fox
     d) Orienteering
     e) Camp craft (kraf perkhemahan)
     f) Snorkeling 
     g) abseiling 
     h) Scuba diving
     i) Management game 
     j) Explorace
* bersertakan gambar tempat yg anda kunjungi 
* Aktiviti tempat yang anda kunjungi mestilah lebih dari 4 aktiviti di atas

6. Ancaman bahaya yang boleh berlaku di tempat yang anda kunjungi kepada pelawat yang datang
7. Apa kelebihan yg ada pada tempat yang anda kunjungi 
8. Nyatakan graf tentang pelancong yang datang melakukan aktiviti rekreasi daripada tahun sebelum sahaja
9. Berikan pendapat anda tentang tempat tersebut dari segi 
  • perubahan 
  • perluasan 
  • Cadangan pembaharuan
10. Penutup

* SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI EN HAFIZ ATAU EN MUIZ ATAU MELALUI EMAIL di muiz_2000@yahoo.com.
* Kumpulan B sila submit: TBA




Thursday, February 4, 2010

Kelas HSM 115 group C

Kelas hari  ini (Jumaat ) di tangguhkan atas sebab-sebab tertentu harap maklum.

*Sila maklumkan kepada rakan yang lain.

Monday, February 1, 2010

Minggu ni latihan Kayak

Kepada semua pelajar HSM 115  dan HSM 225. Latihan kayak dan ujian akan diadakan. Sila war2 kan kepada semua rakan2 anda.

Tempat : Tasek Shah Alam
Masa : Jam 5 ptg.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi jurulatih masing2. Harap maklum

Sebahagian Gambar kursus Kayak dan Wall Climbing








Pusat Sukan telah mengajurkan Kursus Asas Wall Climbing di Extrem Park seksyen 13 dan Kursus Asas Kayak di Tasek Shah Alam . Kursus Asas wall climbing telah diajar oleh Instructor yg pernah mewakili negara dalam sukan wall climbing yg dinamakan 'Sport Climbing". Kursus mendapat sambutan dan berlansung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Semoga tahun semester hadapan kursus ini diadakan lagi.

Tuesday, January 26, 2010

Kursus Asas Wall Climbing dan Kayak

Kursus Asas Wall Climbing :
Tempat: Extrem Park Sekyen 13
Masa: 1.30 PM
Tarikh : 30 Januari 2010
Tempat berkumpul :  Bus Stop Dataran Cendekia. Bas UiTM akan bawa student ke sana. tepat Jam 1.00 PM


Kursus Asas Kayak :
Tempat : Belakang Wet World , tempat latihan kayak UiTM, Tasek Shah Alam
Masa : 8.00 AM
Tarikh : 31 Januari 2010

*Pakaian hendaklah bersesuaian dengan aktiviti dan mengikut sahsiah UiTM
*Makanan dan sijil disediakan

Sunday, January 17, 2010

Selamat Datang

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat datang kepada semua pelajar UiTM yg lama atau pun yang baru . Kepada student yang telah memilih KO Rekreasi tahniah kerana anda tahu apa yang anda inginkan . Maka diharap semua pelajar memilih KO Rekreasi dapat memberi kerjasama dan melakukan dengan sungguh-sungguh demi kejayaan akademik dan juga kejayaan peribadi. Namun begitu usaha anda pastikan berbaloi dengan apa yg anda inginkan. Corak pembelajaran antara akademik dan kokurikulum adalah berbeza di mana kokurikulum mementingkan aspek 'team building' dan soft skill. Hilang rasa takut dan rasa malu pasti anda 'enjoy' dengan KO Rekreasi

Sepanjang semester ini yg saya kira pendek memerlukan kerjasama anda untuk membaca buku yang telah anda beli . Beli kalau tak baca nak buat apa? Saya tidak mampu untuk menerangkan secara 'detail' atau from 'A to Z' karana masa yg diperuntukkan amat sikit . Yang pasti saya akan cuba mengajar sebanyak makna berdasarkan silibus yang diberikan . Cuma penekanan itu hanya pada perkara yang penting sahaja , yg selebihnya ada boleh baca dlm buku.

Akhirnya kata selamat menjalani aktiviti KO Rekreasi dengan senang hati dan fikiran terbuka.

Wednesday, October 7, 2009

Minggu depan last kelas

PERHATIAN MINGGU DEPAN ADALAH MINGGU TERAKHIR KELAS. OLEH ITU DIMINTA HANTAR ASIGNMENT ATAU BUKU LOG DAN SEDIA UNTUK TEST . HARAP MAKLUM

Monday, September 28, 2009

Perhatian kepada pelajar ( updated )

Akitiviti sukan yang wajib di sertai :

1. Futsal Kosmo - Wajib bagi setiap kelas . Satu kelas satu kumpulan ( 10 pemain)
Tarikh : 4 dan 5 Oktober 2009
Bayaran : RM 10 bg setiap kumpulan

2. Pertandingan Orienteering
Maklumat lanjut akan diberitahu kelak

3. Ujian bertulis bg pelajar HSM 115 pada hujung bulan 10,
Perbentangan kertas kerja bg pelajar HSM 225 pd hujung bulan 10,
Di minta semua pelajar bersiap sedia.

Monday, September 7, 2009

Ceramah KO Ke2 pd 12 September 09 Sabtu

1.HSM 115
Tarikh : 12 September 2009
Masa : 8.30 PG

2.HSM 225
Tarikh : 12 September 2009
Masa : 10.30 PG

*Semua ceramah di Pusat Sukan
*Sila datang awal dan berpakaian sukan.

Monday, August 17, 2009

Ceramah KO-Kurikulum 5 September 2009 (updated)

Pembetulan tarikh baru
1 )HSM 115 = Level 1

Tarikah : 5 September 2009
Masa:8.30 Pg

2)HSM 225 = Level 2

Tarikh : 5 September 2009
Masa:10.30 pg

Tempat : KOMPLEKS SUKAN UiTM

Sunday, August 2, 2009

Kelas HSM 225 : Belajar Kayak

Untuk HSM 225
Selasa 4 Ogos 2009
Tempat :Belakang Wet World, Tasek Shah Alam
Masa : 5.00 ptg

Belajar Kayak

Monday, April 20, 2009

Sunday, April 5, 2009

For HSM 115 : Perubahan kelas

Kelas untuk minggu ini di tukarkan kepada

Hari Rabu
8 April 2009
Masa : Tidak berubah 5 - 7 Ptg

*Sila pakai T-Shirt rekreasi
*kelas HSM 225 berjalan seperti biasa pada hari Selasa