Blogger Tricks

Friday, October 8, 2010

Kelas HSM 225 : Ikhtiar hidup (5 Okt 2010)

Cuba menggunakan segala kemudahan yang ada di UiTM untuk aktiviti ikhtiar hidup. Memasak dgn menggunakan mastien dan solid fuel (lilin askar) Seperti sem lepas saya menggunakan gas stove tetapi untuk kali ini atas kesuntukan masa dan gas yg sudah habis saya gunakan solid fuel. Saya dengan menggunakan solid fuel lebih praktikal berbanding gas stove kerana element-element ikhtiar hidup lebih jelas seperti solid fuel , mancis atau lighter sebagai starter utk menghidupkan api .Kemudian ditambah dengan ranting dan kayu  untuk sentiasa api hidup untuk jangka masa tertentu. Yang kedua bagaimana menyediakan sarapan pagi itu yang paling penting mestilah sihat , simple dan tidak mengambil masa yang lama. Menu yang diberikan adalah sebagai persiapan kita berdasarkan bahan yang ada disekeliling anda , jika bahan itu dibeli tiada masalah itu sebagai penyedap rasa untuk aktiviti ini. Syabas dan tahniah kerana anda dapat memahami objektif sebenar yang ingin saya sampai kan.




Kejohanan Sukan Bakat Baru 2010 UiTM

Kelas Ko-Rekreasi sentiasa memberi sokongan segala aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Sukan UiTM . Untuk kali ini Kejohanan Sukan Bakat Baru UiTM , Kelas Ko rekreasi telah menghantar banyak ( tak ingat berapa ) pasukan wanita untuk sukan bola keranjang dan 1 pasukan untuk lelaki bagi pelajar HSM115 dan pelajar HSM 225 untuk pertandingan skuas. Oleh yang demikian pelajar perempuan dari kelas yang ramai telah menyertai pertandingan bola keranjang , kelas Rekreasi dari kumpulan C ( 2team) telah menang no 2 dan 3 dan no satu di menangi dari kelab bola keranjang ( patut ker mereka masuk kejohanan ini , kata bakat baru heheheh). Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar Ko-Rerkeasi atas penglibatan mereka dalam aktiviti ini. 





Penyampaian hadiah untuk pemenang