Blogger Tricks

Sunday, January 17, 2010

Selamat Datang

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat datang kepada semua pelajar UiTM yg lama atau pun yang baru . Kepada student yang telah memilih KO Rekreasi tahniah kerana anda tahu apa yang anda inginkan . Maka diharap semua pelajar memilih KO Rekreasi dapat memberi kerjasama dan melakukan dengan sungguh-sungguh demi kejayaan akademik dan juga kejayaan peribadi. Namun begitu usaha anda pastikan berbaloi dengan apa yg anda inginkan. Corak pembelajaran antara akademik dan kokurikulum adalah berbeza di mana kokurikulum mementingkan aspek 'team building' dan soft skill. Hilang rasa takut dan rasa malu pasti anda 'enjoy' dengan KO Rekreasi

Sepanjang semester ini yg saya kira pendek memerlukan kerjasama anda untuk membaca buku yang telah anda beli . Beli kalau tak baca nak buat apa? Saya tidak mampu untuk menerangkan secara 'detail' atau from 'A to Z' karana masa yg diperuntukkan amat sikit . Yang pasti saya akan cuba mengajar sebanyak makna berdasarkan silibus yang diberikan . Cuma penekanan itu hanya pada perkara yang penting sahaja , yg selebihnya ada boleh baca dlm buku.

Akhirnya kata selamat menjalani aktiviti KO Rekreasi dengan senang hati dan fikiran terbuka.

3 comments:

MOHD KHAIRUL ANOR BIN SELAMAT said...

ENCIK MUIS WEBSITE SAYER
REKREASI 2
MOHD KHAIRUL ANOR B.SELAMAT
(2008785189)
(EM220)
http://khairulanor.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam En Muis..
ni blog saya..
Mohd Muzhafar bin Ahmad
2008562879
EM221
http://www.rekreasimuzz.blogspot.com/

Anonymous said...

Assalamualaikum En..
Ini blog saya..
MOHD ASHA'ARI BIN KHALID
2008794387
(EM221)
http://www.ashh3112.blogspot.com/