Blogger Tricks

Thursday, April 19, 2012

Kursus Asas Kayak Kembali lagi



Kursus asas Kayak kembali lagi pada semester ini di Tasek Shah Alam. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Sukan dengan kerjasama Jurulatih Bertauliah dari luar. Kursus ini akan diadakan seperti maklumat berikut

Tempat : Tasek Shah Alam berhadapan Pejabat SIRIM Shah Alam
Tarikh : 13 Mei 2012

JAM 8.00 PAGI.
SARAPAN PAGI DISEDIAKAN
Kenderaan tidak disediakan

 Kehadiran Pelajar Ko Rekreasi adalah wajib.Maklumat lanjut akan dimaklumkan pada perjumpaan kelas. Harap Maklum.

Kursus asas Wall Climbing Kembali lagi


Kursus asas Wall Climbing Kembali lagi pada semester ini di Pusat Sukan Lasak Seksyen 13 Shah Alam. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Sukan kerjasama Jurulatih Bertauliah dari luar.. Kursus ini akan diadakan seperti maklumat berikut

Tempat : Pusat Sukan Lasak Seksyen 13 Shah Alam
Tarikh :  12 Mei 2012


BERKUMPUL DI : STATION BUS TERATAI ( Bas disediakan)
MASA : JAM 8 PAGI
SARAPAN PAGI DISEDIAKAN

Kehadiran Pelajar Ko Rekreasi adalah diwajibkan . Bas UiTM akan disediakan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan pada perjumpaan kelas. Harap Maklum.

Wednesday, April 18, 2012

Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar Tahap 1 kembali lagi



Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar Tahap 1 kembali lagi pada semester ini selepas pada semester lepas tidak dapat dijalankan. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Sukan UiTM  dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Selangor dan juga Persatuan Jurulatih Rekreasi Kebangsaan Malaysia bakal diadakan di Ayer Keroh Melaka. Sehubungan semua pelajar ko rekreasi diminta bersiap sedia pada hari berikut

Tarikh : 4 Mei - 6 Mei 2012
Tempat : Ayer Keroh, Melaka
Bayaran : Akan dimaklumkan semasa perjumpaan

Kehadiran kursus adalah wajib kepada semua pelajar ko rekreasi . Makluman penuh akan diberitahu semasa perjumpaan kelas. Sekian harap maklum.

Thursday, April 12, 2012

Ceramah Kokurikulum Sukan


DENGAN HORMATNYA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERAMAH KOKURIKULUM SUKAN AKAN DIADAKAN
PADA 5 MEI 2012 (SABTU) BERTEMPAT DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN.
BUTIRAN SEPERTI BERIKUT :-


TAHAP 1
(PATRIOTISME DAN KENEGARAAN)
MASA : 8.30 - 10.30 PAGI


TAHAP 2
(SUKAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM)
MASA : 10.30 - 12.30 TENGAHARI


MOHON SAMPAIKAN MAKLUMAT INI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA
SEKIAN TERIMA KASIH.


Wednesday, April 4, 2012

CABARAN ORIENTEERING 1MALAYSIA

Kepada pelajar Ko Rekreasi UiTM :

KPT-UiTM CABARAN ORIENTEERING 1MALAYSIA EDISI KETIGA 2012  sila berkumpul di :


Tempat : Bus Stop berhampiran kolej teratai
Masa : 8.30 pagi
Tarikh : 6 April 
Pakaian Kemas .


p/s : Jangan lewat dan pastikan tiada barang tertinggal.