Blogger Tricks

Friday, March 27, 2015

FORMAT PENYEDIAAN KERTAS KERJA

1.TAJUK KERTAS KERJA - Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan objektif program.

2.TUJUAN/OBJEKTIF/MATLAMAT - Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada untuk kelulusan / makluman / perbincangan, untuk siapa dikemukakan dan nyatakan apakah objektif / matlamat yang ingin dicapai.

3.PENERANGAN TENTANG PROJEK - Nyatakan secara jelas tujuan butiran mengenai tarikh / masa / tempat, peserta / kumpulan sasar, yuran / bayaran yang dikenakan, kerjasama / bantuan agensi luar / Bahagian / Unit / Persatuan / Kelab lain.

4.JAWATANKUASA PELAKSANA - Nyatakan penaung / penasihat, senarai penuh AJK beserta No Pelajar & Jawatan, peranan dan bidang tugas AJK

5.ANGGARAN KEWANGAN - Nyatakan secara terperinci dan logik angaran pendapatan, perbelanjaan dan sumber pembiayaan dengan terperinci.

6.TENTATIF PROGRAM - Nyatakan secara jelas tentang tentatif program termasuk upacara perasmian & penutup serta penceramah dan tajuk ceramah.

7.PESERTA - Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini.

8. PENCERAMAH/JEMPUTAN - Nyatakan secara jelas tentang cadangan penceramah / jemputan bersama-sama latar belakang mereka untuk kelulusan HEP

9.SOKONGAN - Rujuk kertas kerja kepada penasihat untuk komen dan sokongan.

10.PENUTUP - Nyatakan terima kasih serta mohon pertimbangan untuk diluluskan.

*Kertas kerja disediakan dalam bahasa melayu dan dijilid dengan kemas. 7 salinan untuk projek luar negara dan tajaan serta 5 salinan untuk projek tajaan luar.

FORMAT PENYEDIAAN ANGGARAN KEWANGAN:

1.PENDAPATAN : Nyatakan dengan jelas anggaran pendapatan seperti yuran peserta, sumbangan luar / penaja / dan lain-lain (jika ada) beserta jumlah keseluruhan.

2. PERBELANJAAN : Nyatakan dengan jelas perbelanjaan seperti makan / minum meliputi jamuan perasmian / penutup dan jamuan VIP, pentadbiran meliputi percetakan / urusan pos / urusetia dll, logistik meliputi penginapan / pengankutan / peralatan audio visual dll, cenderahati meliputi cenderahati perasmi / penceramah / panelis / honorarium penceramah / ahli panel, publisiti meliputi kain pemidang / latar belakang pentas/ poster dan kotigensi meliputi 10% daripada keseluruhan kos projek

3.JUMLAH KESELURUHAN : Nyatakan dengan jelas jumlah keseluruhan implikasi kewangan program.

FORMAT PERBENTANGAN 'PROJEK PAPER @ PROPOSAL'


1. Sediakan slide presentation dalam bentuk Power Point dan bawa laptop masing untuk setiap kumpulan.

2. Print 'hard copy' dalam bentuk 'Handouts' 3 Slide per page untuk saya dan serah pada hari presentasi.

* Segala maklumat terbaru 'updated' prosedur dan format baru sila rujuk dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM (HEP)

7 comments:

Unknown said...

farahsyuhadajourney.blogspot.com

Unknown said...

farahsyuhadajourney.blogspot.com

Imaan Izhan said...

WAN IMAAN IZHAN BIN WAN ISKANDAR MIRZA 2011624844

http://thebokstheory.blogspot.com/

juee said...

SHARIFAH NOR JUAIRIAH BT SYED MAHUSIN
http://dreamtotherainbow.blogspot.com

Unknown said...

UNGKU NUR AKMAL BINTI UNGKU KAMARZAMAN
http://unakamal.blogspot.com

Unknown said...

UNGKU NUR AKMAL BINTI UNGKU KAMARZAMAN
http://unakamal.blogspot.com

AmiraIffah92 said...

amiraiffah92.blogspot.com

Wan Amira Iffah bt Wan Aidi rahmat