Maklumat tentang rekreasi secara teori dan praktikal untuk pelajar yang mengambil subjek HSM 115/225 dan sesiapa sahaja- ABDUL MUIZ BIN MISRI
Blogger Tricks
Tuesday, September 29, 2015
Saturday, September 5, 2015
Langkah- langkah keselamatan semasa travel
Kejadian yang berlaku baru-baru ini di Bangkok amat mendukacitakan kepada rakyat Thailand dan juga warga pelancong. Tetapi jika anda biasa mengikuti perkembangan semasa, kejadian letupan sering berlaku di Thailand terutama di Selatan Thailand. Oleh itu tidak asinglah bagi warga Thailand jika berlaku pengeboman di negara mereka.
Oleh yang demikian melawat negara yang bergolak adalah satu risiko kepada backpackers tetapi tidak bermakna kita tidak boleh pergi ke negara bergolak kerana mungkin hanya kawasa tertentu sahaja yang bermasalah tetapi kawasan lain aman dan damai. Mungkin kita boleh mengambil beberapa langkah-langkah keselamatan seperti berikut :
- Sentiasa mengetahui akan perkembangan semasa melalui online akhbar tempatan dan luar negara.
- Apabila kita tahu akan perkembangan semasa, dinasihatkan menjauhkan dari kawasan yang kerap berlaku masalah atau kawasan bergolak.
- Mesara dengan orang tempatan untuk mendapat maklumat terkini atau keadaan semasa di negara yang kita lawati.
- Tidak memakai baju yang menunjukkan kita dari negara asal atau warna/logo yang menyokong mana-mana kumpulan politik/ngo di negara bergolak atau bermasalah. Ini kerana tidak mahu orang tempatan mempunyai perasaan dendam atau tidak berpuashati kepada kita hanya kerana sehelai baju. Jika kita memakainya secara tidak lansung menujukkan kita menyokong kumpulan tersebut.
- Membalut buku travel guide dengan suratkhabar tempatan
- Memilih rakan travel / tempatan yang betul-betul dan sangat membantu.
- Memakai pakaian yang tidak menjolokkan mata atau tidak bersesuaian dengan keadaan orang tempatan.
- Di nasihatkan memakai memakai seperti orang tempatan.
- Tidak digalakkan balik terlalu lewat kerana kebanyakkan kejadian yang tidak berlaku diwaktu lewat malam.
- Di nasihatkan tidak melalui kawasan yang mencurigakan dan kawasan gelap.
- Sentiasa 'aware' dengan kawasan sekeliling kita kerana ditakuti anda diekori oleh orang.
- Berdoa dan berserah kepada Tuhan. Itu lah jalan yang terbaik setiap kali memulakan pengembaraan.
Apa-apa pun risiko tetap ada di mana-mana anda mengembara. Semuanya terletak di tangan anda untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang ada pada anda. Saya ada menulis ebook tentang 20 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BERBACKPACKERS untuk anda yang mungkin boleh membantu anda membuat keputusan melibatkan isu keselamatan semasa berbackpackers. Bagaimana? Hanya klik pada gambar tersebut dan kemudian sertakan nama dan email. Dan akhir sekali CONFIRMKAN subscription. Anda akan menerima email dari saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)