Blogger Tricks

Tuesday, September 29, 2015

Welcome to Ko Rekreasi

Kepada semua pelajar baru dan lama selamat kembali ke UiTM walau pun dah sebulan berlalu hehehe. Kepada pelajar Ko Rekreasi selamat dtg dan diharap anda akan berasa seronok belajar ko rekreasi . Enjoy!


Saturday, September 5, 2015

Langkah- langkah keselamatan semasa travel

Kejadian yang berlaku baru-baru ini di Bangkok amat mendukacitakan kepada rakyat Thailand dan juga warga pelancong. Tetapi jika anda biasa mengikuti perkembangan semasa, kejadian letupan sering berlaku di Thailand terutama di Selatan Thailand. Oleh itu tidak asinglah bagi warga Thailand jika berlaku pengeboman di negara mereka.
Oleh yang demikian melawat negara yang bergolak adalah satu risiko kepada backpackers tetapi tidak bermakna kita tidak boleh pergi ke negara bergolak kerana mungkin hanya kawasa tertentu sahaja yang bermasalah tetapi kawasan lain aman dan damai. Mungkin kita boleh mengambil beberapa langkah-langkah keselamatan seperti berikut :
  1. Sentiasa mengetahui akan perkembangan semasa melalui online akhbar tempatan dan luar negara.
  2. Apabila kita tahu akan perkembangan semasa, dinasihatkan menjauhkan dari kawasan yang kerap berlaku masalah atau kawasan bergolak.
  3. Mesara dengan orang tempatan untuk mendapat maklumat terkini atau keadaan semasa di negara yang kita lawati.
  4. Tidak memakai baju yang menunjukkan kita dari negara asal atau warna/logo yang menyokong mana-mana kumpulan politik/ngo di negara bergolak atau bermasalah. Ini kerana tidak mahu orang tempatan mempunyai perasaan dendam atau tidak berpuashati  kepada kita hanya kerana sehelai baju. Jika kita memakainya secara tidak lansung menujukkan kita menyokong kumpulan tersebut.
  5. Membalut buku travel guide dengan suratkhabar tempatan
  6. Memilih rakan travel / tempatan yang  betul-betul dan sangat membantu.
  7. Memakai pakaian yang tidak menjolokkan mata atau tidak bersesuaian dengan keadaan orang tempatan.
  8. Di nasihatkan memakai memakai seperti orang tempatan.
  9. Tidak digalakkan balik terlalu lewat kerana kebanyakkan kejadian yang tidak berlaku diwaktu lewat malam.
  10. Di nasihatkan tidak melalui kawasan yang mencurigakan dan kawasan gelap.
  11. Sentiasa 'aware' dengan kawasan sekeliling kita kerana ditakuti anda diekori oleh orang.
  12. Berdoa dan berserah kepada Tuhan. Itu lah jalan yang terbaik setiap kali memulakan pengembaraan.
Apa-apa pun risiko tetap ada di mana-mana anda mengembara. Semuanya terletak di tangan anda untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang ada pada anda. Saya ada menulis ebook tentang 20 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BERBACKPACKERS untuk anda yang mungkin boleh membantu anda membuat keputusan melibatkan isu keselamatan semasa berbackpackers. Bagaimana? Hanya klik pada gambar tersebut dan kemudian sertakan nama dan email. Dan akhir sekali CONFIRMKAN subscription. Anda akan menerima email dari saya.

Friday, March 27, 2015

FORMAT PENYEDIAAN KERTAS KERJA

1.TAJUK KERTAS KERJA - Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan objektif program.

2.TUJUAN/OBJEKTIF/MATLAMAT - Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja disediakan sama ada untuk kelulusan / makluman / perbincangan, untuk siapa dikemukakan dan nyatakan apakah objektif / matlamat yang ingin dicapai.

3.PENERANGAN TENTANG PROJEK - Nyatakan secara jelas tujuan butiran mengenai tarikh / masa / tempat, peserta / kumpulan sasar, yuran / bayaran yang dikenakan, kerjasama / bantuan agensi luar / Bahagian / Unit / Persatuan / Kelab lain.

4.JAWATANKUASA PELAKSANA - Nyatakan penaung / penasihat, senarai penuh AJK beserta No Pelajar & Jawatan, peranan dan bidang tugas AJK

5.ANGGARAN KEWANGAN - Nyatakan secara terperinci dan logik angaran pendapatan, perbelanjaan dan sumber pembiayaan dengan terperinci.

6.TENTATIF PROGRAM - Nyatakan secara jelas tentang tentatif program termasuk upacara perasmian & penutup serta penceramah dan tajuk ceramah.

7.PESERTA - Nyatakan kumpulan sasar yang akan menyertai program ini.

8. PENCERAMAH/JEMPUTAN - Nyatakan secara jelas tentang cadangan penceramah / jemputan bersama-sama latar belakang mereka untuk kelulusan HEP

9.SOKONGAN - Rujuk kertas kerja kepada penasihat untuk komen dan sokongan.

10.PENUTUP - Nyatakan terima kasih serta mohon pertimbangan untuk diluluskan.

*Kertas kerja disediakan dalam bahasa melayu dan dijilid dengan kemas. 7 salinan untuk projek luar negara dan tajaan serta 5 salinan untuk projek tajaan luar.

FORMAT PENYEDIAAN ANGGARAN KEWANGAN:

1.PENDAPATAN : Nyatakan dengan jelas anggaran pendapatan seperti yuran peserta, sumbangan luar / penaja / dan lain-lain (jika ada) beserta jumlah keseluruhan.

2. PERBELANJAAN : Nyatakan dengan jelas perbelanjaan seperti makan / minum meliputi jamuan perasmian / penutup dan jamuan VIP, pentadbiran meliputi percetakan / urusan pos / urusetia dll, logistik meliputi penginapan / pengankutan / peralatan audio visual dll, cenderahati meliputi cenderahati perasmi / penceramah / panelis / honorarium penceramah / ahli panel, publisiti meliputi kain pemidang / latar belakang pentas/ poster dan kotigensi meliputi 10% daripada keseluruhan kos projek

3.JUMLAH KESELURUHAN : Nyatakan dengan jelas jumlah keseluruhan implikasi kewangan program.

FORMAT PERBENTANGAN 'PROJEK PAPER @ PROPOSAL'


1. Sediakan slide presentation dalam bentuk Power Point dan bawa laptop masing untuk setiap kumpulan.

2. Print 'hard copy' dalam bentuk 'Handouts' 3 Slide per page untuk saya dan serah pada hari presentasi.

* Segala maklumat terbaru 'updated' prosedur dan format baru sila rujuk dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM (HEP)

Tuesday, March 24, 2015

Beza nya waktu kita menjadi pelajar berbanding dengan pelajar sekarang

Beza nya waktu kita menjadi pelajar berbanding dengan pelajar sekarang:
SITUASI 1.
DULU: Kita takda whatsapp2 pensyarah semua message, so message bila perlu sahaja. Dalam kelas pensyarah ckp kita alert, g library cari maklumat sampai lebam sbb nk msg pensyarah, takut.
SEKARANG: Pelajar semua benda nak tanya, quiz chapter berapa, pkol brapa, sng ke x, pakai baju ape, internet takde cmne nk buat. Kdg2 tgh malam pon message. Tapi takpela, tanggungjawab. Saba je la. Esok pensyarah masuk kelas masih mengajar macam biasa.
SITUASI 2
2. DULU: Kalau ada kelas ke takde kelas kita tetap pergi kelas walau pun naek bus hujan ribut tibe2 sampai class, pensyarah kata class cancel ada meeting, kita seronok trus g brekpes ngn kawan yeayyyy!
SEKARANG : Pelajar mengamok kalau depa dtg tp pensyarah cancel class ada meeting, "Apela aku beria lari dah lah hujan, lain kali bgtau la kelas takda, menyusahkan betul. sikit2 meeting"..oh salah pensyarah. ok. Esok masuk kelas pensyarah mengajar macam biasa, tanggungjawab kn. Takpe, Saba je la.
SITUASI 3.
DULU: Pensyarah tegur kita, kita diam dalam hati sedih. Pegi jumpa pensyarah minta maaf lepas tu segan dengan pensyarah sbb buat salah. Takut fail nanti ilmu xberkat.
SEKARANG: 1 pensyarah tegur 30 orang pelajar, 30 pelajar sentap dengan seorang pensyarah, 30 pelajar lalu buat tak tau, konon nk bls sbb sentap dengan pensyarah. Tp 1 pensyarah terasa hati dengan beratus perangai pelajar dalam kelas setiap hari tp esoknya masih masuk kelas macam biasa berkongsi ilmu, tanggungjawabkan. Saba je la..
SITUASI 4.
DULU: Kita terasa hati dengan pensyarah kita meluahkan sesama kawan sahaja. datang kelas sbb tanggungjawab and still berckp dengan pensyarah sbb taknak pensyarah terasa hati.
SEKARANG: Waktu pensyarah berckp kat depan sebok meng-update status kt FACEBOOK, TWITTER, WHATSAPP, bgtau satu dunia yg ko tak puas ati dengan pensyarah. "Potpet potpet je keje nya puan ni", "Kadang2 kesian tgk puan ni semua tak suka dia", "Pensyarah bajet bagus, macam dia je betul" ,"ade aku kesah?"."F*** off la". Pensyarah baca pensyarah tau, kalau tak tau pon pensyarah lain bgtau, pensyarah sedih tp nk buat mcm mne doa je la yang baik2. Doa pendidik sentiasa untuk pelajar. Kalau ikutkan hati. hari2 nak merungut n sebut sorang2 perangai pelajar kt FB tp kita pikir tak baik memalukan pelajar kpd pelajar lain. Jika Pensyarah tak mampu nk tegur, biarlah pengalaman dan masa yang mengajar mereka, Esok masuk kelas pensyarah senyum, mengajar seperti biasa. Tanggungjawabkn.., Sabar je la..
Wakil Keluhan hati seorang bernama pendidik.
Oleh : Iza Ahmad
*Gambar sekadar hiasan