Blogger Tricks

Showing posts with label Amanat. Show all posts
Showing posts with label Amanat. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Welcome to Ko Rekreasi

Kepada semua pelajar baru dan lama selamat kembali ke UiTM walau pun dah sebulan berlalu hehehe. Kepada pelajar Ko Rekreasi selamat dtg dan diharap anda akan berasa seronok belajar ko rekreasi . Enjoy!


Tuesday, March 24, 2015

Beza nya waktu kita menjadi pelajar berbanding dengan pelajar sekarang

Beza nya waktu kita menjadi pelajar berbanding dengan pelajar sekarang:
SITUASI 1.
DULU: Kita takda whatsapp2 pensyarah semua message, so message bila perlu sahaja. Dalam kelas pensyarah ckp kita alert, g library cari maklumat sampai lebam sbb nk msg pensyarah, takut.
SEKARANG: Pelajar semua benda nak tanya, quiz chapter berapa, pkol brapa, sng ke x, pakai baju ape, internet takde cmne nk buat. Kdg2 tgh malam pon message. Tapi takpela, tanggungjawab. Saba je la. Esok pensyarah masuk kelas masih mengajar macam biasa.
SITUASI 2
2. DULU: Kalau ada kelas ke takde kelas kita tetap pergi kelas walau pun naek bus hujan ribut tibe2 sampai class, pensyarah kata class cancel ada meeting, kita seronok trus g brekpes ngn kawan yeayyyy!
SEKARANG : Pelajar mengamok kalau depa dtg tp pensyarah cancel class ada meeting, "Apela aku beria lari dah lah hujan, lain kali bgtau la kelas takda, menyusahkan betul. sikit2 meeting"..oh salah pensyarah. ok. Esok masuk kelas pensyarah mengajar macam biasa, tanggungjawab kn. Takpe, Saba je la.
SITUASI 3.
DULU: Pensyarah tegur kita, kita diam dalam hati sedih. Pegi jumpa pensyarah minta maaf lepas tu segan dengan pensyarah sbb buat salah. Takut fail nanti ilmu xberkat.
SEKARANG: 1 pensyarah tegur 30 orang pelajar, 30 pelajar sentap dengan seorang pensyarah, 30 pelajar lalu buat tak tau, konon nk bls sbb sentap dengan pensyarah. Tp 1 pensyarah terasa hati dengan beratus perangai pelajar dalam kelas setiap hari tp esoknya masih masuk kelas macam biasa berkongsi ilmu, tanggungjawabkan. Saba je la..
SITUASI 4.
DULU: Kita terasa hati dengan pensyarah kita meluahkan sesama kawan sahaja. datang kelas sbb tanggungjawab and still berckp dengan pensyarah sbb taknak pensyarah terasa hati.
SEKARANG: Waktu pensyarah berckp kat depan sebok meng-update status kt FACEBOOK, TWITTER, WHATSAPP, bgtau satu dunia yg ko tak puas ati dengan pensyarah. "Potpet potpet je keje nya puan ni", "Kadang2 kesian tgk puan ni semua tak suka dia", "Pensyarah bajet bagus, macam dia je betul" ,"ade aku kesah?"."F*** off la". Pensyarah baca pensyarah tau, kalau tak tau pon pensyarah lain bgtau, pensyarah sedih tp nk buat mcm mne doa je la yang baik2. Doa pendidik sentiasa untuk pelajar. Kalau ikutkan hati. hari2 nak merungut n sebut sorang2 perangai pelajar kt FB tp kita pikir tak baik memalukan pelajar kpd pelajar lain. Jika Pensyarah tak mampu nk tegur, biarlah pengalaman dan masa yang mengajar mereka, Esok masuk kelas pensyarah senyum, mengajar seperti biasa. Tanggungjawabkn.., Sabar je la..
Wakil Keluhan hati seorang bernama pendidik.
Oleh : Iza Ahmad
*Gambar sekadar hiasan

Wednesday, June 20, 2012

Akibat tidak hadir ke kelas!

Aduan pelajar kena denda kerana tak masuk kuliah. Berikut adalah Nasihat dan pandangan saya. Tidak hadir ke kelas, tutorial, dan sebagainya tanpa justifikasi atau kebenaran terlebih dahulu boleh dikenakan hukuman dlm dua cara:
1. Pelajar boleh dihalang drp menduduki peperiksaan utk subjek tersebut di bawah Peraturan Akademik
2. Sebagai tambahan, pelajar boleh dituduh utk kesalahan tatatertib di bawah keadah 4, Akta 174., Kuasa utk mengambil tindakan atas kesalahan ini telah diwakilkan oleh saya kpd semua Dekan dan Rektor. Di bawah keadah 48, denda maksima RM500(lima ratus ringgit) boleh dikenakan. Dekan mempunyai "Prerogative"

Peraturan ini telah lama wujud. Bukan baru. "Ignorance of the Law is no excuse". Pelajar2 dibiayai utk belajar di UiTM. 99% subsidi yuran diberi.Jangan sia2kan peluang yg diberi. Pelajar bertanggungjawab utk hadir2 semua kuliah. Saya sangat terkilan dgn individu tertentu yg anggap peraturan ini tidak adil. Peraturan yg ada adalah utk kebaikan pelajar2. Patuhilah peraturan Akademik utk kebaikan semua.



Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Sunday, August 22, 2010

Khas Untuk Pelajar Rekreasi HSM 115 Group C dan HSM 225

Sila: Lago di CecitaImage via WikipediaSalam , seperti kelas minggu lepas saya ada mention dalam kelas HSM 225 tentang prosposal dan presentation yang akan perlu dibentangkan . Sila refer di Format Penyediaan Kertas Kerja
Untuk Kelas HSM 115 Group C sila buat Laporan Kawasan Rekreasi . Sila refer guideline di Format Laporan Rekreasi
'Due date' seperti yang telah dibincangkan.
Harap maklum.
Enhanced by Zemanta

Sunday, January 17, 2010

Selamat Datang

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat datang kepada semua pelajar UiTM yg lama atau pun yang baru . Kepada student yang telah memilih KO Rekreasi tahniah kerana anda tahu apa yang anda inginkan . Maka diharap semua pelajar memilih KO Rekreasi dapat memberi kerjasama dan melakukan dengan sungguh-sungguh demi kejayaan akademik dan juga kejayaan peribadi. Namun begitu usaha anda pastikan berbaloi dengan apa yg anda inginkan. Corak pembelajaran antara akademik dan kokurikulum adalah berbeza di mana kokurikulum mementingkan aspek 'team building' dan soft skill. Hilang rasa takut dan rasa malu pasti anda 'enjoy' dengan KO Rekreasi

Sepanjang semester ini yg saya kira pendek memerlukan kerjasama anda untuk membaca buku yang telah anda beli . Beli kalau tak baca nak buat apa? Saya tidak mampu untuk menerangkan secara 'detail' atau from 'A to Z' karana masa yg diperuntukkan amat sikit . Yang pasti saya akan cuba mengajar sebanyak makna berdasarkan silibus yang diberikan . Cuma penekanan itu hanya pada perkara yang penting sahaja , yg selebihnya ada boleh baca dlm buku.

Akhirnya kata selamat menjalani aktiviti KO Rekreasi dengan senang hati dan fikiran terbuka.